Kecoh Di Twitter, Jerebu Kuning Landa Shah Alam

Sejak awal pagi tadi, topik mengenai jerebu berwarna kuning tiba-tiba hangat diperkatakan netizen menerusi laman mikro Twitter.
Difahamkan, fenomena itu berlaku di beberapa kawasan Lembah Klang khususnya di Shah Alam.
Tidak kurang juga yang memuat naik gambar pemandangan pencemaran udara itu yang kini berwarna kuning bagi membuktikan dakwaan tersebut.
1unnamed (1)unnamed
Rata-rata menyifatkan jerebu berwarna kuning itu adalah beracun dan sangat berbahaya kepada kanak-kanak serta golongan yang berpenyakit.
Berikutan itu, ramai yang mempertikaikan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Setakat jam 9 pagi tadi, bacaan IPU menunjukkan Shah Alam berada di bawah kategori ‘tidak sihat’ iaitu 157.
“Fuh jerebu kuning teruk gila. Dah macam pukul 6,” tulis Aniqnadzrey.
“Jerebu teruk gilaaaaaa. Asap dah warna kuning dah. Tapi pelik kenapa bacaan IPU baru 150++? hospital Shah Alam dah tak nampak dah,” tulis Nanahazwanie.
Berita Indonesia turut melaporkan, keadaan di Riau semakin buruk dan warna pemandangan telah bertukar menjadi kekuningan dengan catatan IPU 2843.
Keadaan itu sekali gus menyebabkan aktiviti di seluruh Riau hampir lumpuh dengan penutupan lapangan terbang, sekolah dan pusat beli-belah serta sebahagian syarikat. – MYNEWSHUB.CC
loading...

Add Comment