PANAS! Tasha Shilla Temui Pengganti Hans Wong?

Sebelum ini, pelakon Tasha Shilla yang sering dikaitkan dengan kontroversi panas sepanjang tahun 2015 telah mengambil keputusan untuk berubah apabila masuk tahun baru ini. – Digelar Sebagai Artis Kontroversi, Tasha Shilla Mahu Berubah!

Namun, ada desas desus mengatakan bahawa beliau mengenali dengan seorang lelaki yang berpangkat kapten namun beliau enggan mendedahkan kepada umum tentang perkara tersebut.

Selepas kegagalan percintaan bersama Hans Wong telah putus pada tahun lepas, Tasha kini enggan mendedahkan hubungan percintaan kepada umum.

Malah, Tasha kini ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya seninya.

Mengenai perkembangan karier seninya yang agak perlahan, Tasha menegaskan bahawa dia bukan tidak mahu menerima tawaran berlakon tetapi ingin mengelak daripada gosip liar yang pernah melanda dirinya.

Apapun, semoga Tasha Shilla terus tabah menghadapi onak duri dalam dunia seni ini. Bukan senang untuk menjadi artis yang bebas kontroversi ini, malah Tasha perlu mengelak daripada gosip yang kurang enak didengar.

loading...

Add Comment