Miera Leyana Bengang Dengan Kenyataan Afiq Muiz

Aktres Miera Leyana, 22, memberi amaran kepada Afiq Muiz supaya tidak berterusan mengaitkan dirinya dalam kisah cinta fantasi pelakon lelaki itu.

Memetik laporan Utusan, Miera berkata, Afiq seharusnya meminta pendapat daripadanya sebelum tampil membuat kenyataan yang tidak berasas itu.

Hubungan antara mereka hanyalah sekadar rakan industri dan dia mempersoalkan mengapa Afiq mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Malah, Miera juga memaklumkan, dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang namun dia enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

“Saya terkejut bila Afiq sanggup buat kenyataan begitu. Tidak ma­suk akal jika kami bercinta sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.

“Kami mula rapat sebagai rakan sewaktu di set penggambaran drama Memori Cinta Suraya. Tambahan pula, bila timbul isu ini, saya rasa kurang selesa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Afiq dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita hari ini, mendedahkan status hubungannya bersama Miera adalah lebih daripada sekadar teman rapat, selain mengakui amat mencintai pelakon Lebuhraya Ke Neraka itu.

Menurut Afiq, dia mula menjalin hubungan intim dengan Miera ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya untuk terbitan Astro.

Mengulas lanjut, Miera yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kisah kontroversi, tidak mahu lagi mencalarkan nama baik­nya dengan gosip murahan.

loading...

Add Comment