Seohyun takut reaksi peminat babak cium

Babak intim dan bercium bukan sesuatu yang membimbangkan Seohyun daripada kumpulan Girls’ Generation. Walaupun tahu peminat akan terkejut melihat aksinya, dia akui tidak dapat membendungnya dalam muzikal Mamma Mia! nanti kerana ia sebahagian daripada program.
Katanya, dia akan meyakinkan peminat yang ia hanya lakonan. Perkara sama dilakukannya ketika menjayakan pementasan sebelum ini.

“Ketika muzikal pertama saya, ada babak bercium dan saya boleh dengar peminat menjerit terkejut dari belakang pentas. Tapi bagi saya itu semua adalah lakonan.
“Setiap kali bertemu peminat, saya katakan ia seperti sepatutnya (berlakon). Walaupun saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala otak mereka, selalunya saya kata ya,” katanya dalam satu temubual ­untuk muzikal Mamma Mia! pada 1 Februari lalu.
Secara berseloroh, Seohyun yang memegang watak utama sebagai Sophie dalam Mamma Mia! akui ia mungkin menjadi sedikit berlainan dalam muzikal itu.
Ia berbeza dengan muzikal yang pernah dijayakan sebelum ini, Moon Embracing The Sun dan Gone With the Wind.
Sejak dipentaskan pada 1999, jenama muzikal popular mengandungi 22 lagu hit kumpulan ABBA itu ditonton lebih 60 juta penonton seluruh dunia. Versi Korea 2016 akan membuat pembukaannya pada 24 Februari ini.

loading...

Add Comment