Rakam Lagu Terakhir Sebelum Jalan Tugas Ahli Politik

Selepas meraih kemenangan pada kempen Pemilihan Umum Kepala Daerah (PemiluKada) yang berlangsung pada Disember lalu, vokalis kumpulan Ungu, Pasha, kini hanya tinggal menghitung hari menantikan saat pelantikannya sebagai wakil bagi masyarakat di Walikota Palu Sulawesi Tengah (Sulteng).

Namun sebelum itu, pemilik nama sebenar Sigit Purnomo Syamsuddin Said ini sempat merakamkan sebuah single bertajuk Doa Untuk Ibu yang dijadikan soundtrack filem terbaharu, Mars. Filem tersebit diterajui pelkon Achaa Septriasa

Menurut Pasha, dia bersyukur Pasha Ungu tetap diber kepercayaan untuk kembali mengisi sebuah soundtrack filem.

“Sekarang kami sibuk dengan rakaman single berjudul Doa Untuk Ibu,” katanya seperti yang dilaporkan Kapanlagi.com.

loading...

Add Comment