Majlis Pelancaran RUMI By Remy Ishak

Semalam telah diadakan majlis pelancaran produk wangian terbaru dari pelakon terkenal tanah air, Remy Ishak. Pelancaran ini telah diadakan di Hotel Royale Chulan. Minyak wangi ini dikenali sebagai RUMI dan ia sesuai untuk lelaki malah ada juga wangian untuk wanita.

Sebelum ini, Remy Ishak Tampil Bagi Penjelasan Sebenar Mengenai Ciplak Wangian Che Ta. Namun, majlis pelancaran ini berjalan lancar dengan kehadiran rakan-rakan artis yang lain dan juga pihak media.

Menurut Remy, RUMI adalah berdasarkan kepada nama wataknya dalam drama terbitan Astro iaitu Rumi & Jawi. Malah, RUMI dikeluarkan oleh RISA Team Global (RISA) di bawah label syarikat miliknya iaitu By Remy Ishak yang dijual pada harga RM49.90 sebotol pada kandungan 35 mililiter.

Remy mengambil masa selama selama dua minggu untuk menghasilkan wangian ini dengan melakukan eksperimen mengadun jenama wangian antarabangsa. Malah, pati wangian itu didatangkan khas dari Paris dengan serapan bau bunga-bungaan untuk haruman wanita dan kayu-kayuan untuk menyerlahkan lagi imej maskulin bagi lelaki.

Apapun, semoga perniagaan beliau berkembang maju. Segala dugaan yang mendatang itu adalah salah satu cabaran untuk menjadi orang yang berjaya.

loading...

Add Comment