‘Badi Kalah’ Leornado DiCaprio Akhirnya Tamat Selepas 2 Dekad

Lebih dua dekad selepas pencalonan Anugerah Akademi (Oscar Awards) yang pertamanya, aktor Leonardo DiCaprio akhirnya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Revenant di Anugerah Akademi ke-88 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, Los Angeles, pada pagi Isnin (waktu Malaysia).

DiCaprio, 41, menewaskan Bryan Cranston (“Trumbo”), Matt Damon ( “The Martian”), Michael Fassbender ( “Steve Jobs”) dan Eddie Redmayne ( “The Danish Girl”) bagi merangkul trofi tersebut.

Aktor tersebut turut mendapat tepukan gemuruh ketika menerima anugerah tersebut berikutan ia adalah penantiannya selama 22 tahun sejak pencalonan pertamanya di anugerah berprestij ini.

DiCaprio mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada orang-orang dibelakangnya yang banyak membantu kerjaya termasuk pengarah Martin Scorsese.

Filem The Revenant memenangi kategori Pengarah Terbaik dan Senimatografi Terbaik.

Sementara itu, filem terbaik dimenangi oleh filem Spotlight yang diarahkan oleh Tom McCarthy. Filem itu turut memenangi kategori Skor Muzik Asal dan Lakon Layar Terbaik.

Manakala, filem Mad Max: Fury Road mendominasi kemenangan dengan enam kategori iaitu Adunan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Kostum Terbaik, Kesan Khas Terbaik, dan Solekan dan Tata Rambut Terbaik.

Anugerah ini dihoskan oleh pelakon dan pelawak Chris Rock.

loading...

Add Comment