Sayu : Ayahanda Hasim maut di langgar ketika pulang solat subuh (8Gambar)

Sungai Petani : Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Hasim Abd Hamid, 64, maut selepas motosikalnya dirempuh kereta di KM51.5 Jalan Alor Setar-Butterworth, di Sungai Lalang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata kejadian dipercayai berlaku ketika kereta jenis Honda Accord yang dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala Gurun, melanggar mangsa yang sedang menyusur masuk ke laluannya kira-kira pukul 7.05 pagi.

“Mangsa dirempuh dari arah kiri bahagian belakang dan diseret kira-kira lima meter dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat,” katanya hari ini.

Md Zukir berkata siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa yang juga Pengerusi Pekida Kedah dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Aman, selepas solat subuh di Masjid Al-Makmur, Sungai Lalang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Marnah Thakrip, 63, serta tujuh anak.-HM
Share on Google Plus

About Brothers Sam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.
loading...

Add Comment