Ditahan kes bunuh wanita

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang wanita di Sitiawan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan di Kampung Cina, Sitiawan pada jam 2 petang selepas lima jam mayat wanita itu ditemui.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai hubungan keluarga dengan mangsa.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini berlaku ada kaitan dengan masalah keluarga,” katanya.

Beliau berkata, turut ditemui pisau dipercayai senjata yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa.

Katanya, suspek direman tujuh hari mulai semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mayat Ling Choo Mooi, 59, ditemui tertiarap dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh di premisnya di Jalan Muhamad, Sitiawan.

loading...

Add Comment