Pengarah Kuch Kuch Hota Hai Gelar Kajol Pengkhianat?

Baru-baru ini Karan Johar meluahkan rasa kecewa beliau terhadap Kajol. Malah pengarah filem pecah panggung Kuch Kuch Hota Hai itu didakwa menggelarkan aktres berkenaan sebagai penghianat.

Menurut sumber, puncanya ialah Kajol dikatakan lebih membela suaminya Ajay Devgan. Meskipun memang wajar seorang isteri membela suami, namun Karan kecewa kerana Kajol tidak dapat menjadi ‘jambatan hubungan’ antara dirinya dengan Ajay.

Bollywoodlife melaporkan, masalah ini bermula disebabkan pertembungan jadual tayangan filem Karan berjudul Ae Dil Hai Mushkil dengan filem bikinan Ajay berjudul Shivaay yang bakal ditayangkan pada 28 Oktober ini. Tidak ada satu pihak pun yang mahu mengalah dan akhirnya Ajay dan Karan bertengkar.

Kajol yang bersikap memihak Ajay tidak pula diam dan melihat saja, sebaliknya aktres itu dikatakan turut memanaskan suasana dengan beberapa kenyataan yang berbaur mencabar emosi Karan.

Salah satunya, Kajol mendakwa Karan membayar seorang pengkritik filem untuk memburuk-burukkan filem suaminya itu.

Sementara, Ajay sendiri mengakui beliau tidak mempunyai masalah dengan Karan Johar. Namun, katanya, permasalahan yang timbul berpunca daripada si pengkritik filem berkenaan yang memburuk-burukkan filem yang sudah dihasilkannya gara-gara dai tidak mahu membayar pengkritik tersebut untuk membuat ulasan

Dek kerana konflik tersebut, Kajol berasa sedih dan sampai saat ini, dia seperti tidak boleh berkompromi dengan Karan. Padahal, hubungan antara selebriti dan pengarah ini sangat baik malah mereka sudah lama berkerjasama menerusi banyak filem hits.

loading...

Add Comment