Nabil Ahmad Mohon Maaf Dengan Elly Mazlein

Pada konsert Gegar Vaganza (GV) minggu lalu, gurauan Nabil terhadap Elly Mazlein telah mendapat kecaman dari netizen yang mengatakan Nabil seakan mempersendakan kehidupan peribadi Elly.

Menyedari perkara itu, Nabil akan tampil memohon maaf kepada Elly asalkan mereka berpuas hati. Pun begitu, kata Nabil, gurauannya itu sememangnya sudah dirancang semasa mereka mengadakan sesi latihan lagi.

Selain tampil memohon maaf, Nabil juga mengakui dia tidak kisah dikecam penonton program tersebut asalkan rating naik.

“Saya tak kisah dikecam asalkan rating program tu meningkat. Tontonan GV pada konsert pertama sahaja sudah meningkat 40 peratus daripada musim kedua lalu,” katanya.

Inilah yang dikatakan orang, berani buat berani tanggung. Walaupun Elly tidak berkecil hati namun penonton merasakan perbuatan Nabil itu tidak sensitif dengan kehidupan peribadi orang.

loading...

Add Comment