Zarul Umbrella Setuju Dilabel Lelaki Metroseksual

Zarul Umbrella bukan baru lagi dalam bidang seni.  Sejak Umbrella ditubuhkan pada tahun 1994, sejak itu Zarul terus bertapak dalam dunia seni.

Namun perlu diakui sejak penglibatannya dalam program Gegar Vaganza (GV), bakatnya mula dilihat.  Bonus dengan penampilan yang menarik membuatkan Zarul antara peserta lelaki GV yang popular.

“Alhamdulilah, perasaan tu biasa je, cuma gembira bila GV bagi impak yg bagus iaitu orang dah mula kenal dengan saya.  Jika ada yang minat tu adalah ektra bonus.  Alhamdulillah,” katanya

Sebagai Pramugara, sudah tentu Zarul sudah terbiasa dengan gaya lelaki metroseksual.  Malah jarang sekali kita lihat, gaya dari sisi lain.

Malah dia juga bersetuju jika dia digelar lelaki metroseksual iaitu lelaki yang sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

“Pada saya tak salah gaya metroseksual malah lagi bagus sebab tak semestinya kita tinggalkan penampilan kita.  Selalunya lelaki yang dah berkawin akan mula lupa nak jaga penampilan diri,” jelasnya.

Namun begitu, untuk cabaran tugasan minggu ketiga, Zarul dikehendaki menyanyikan lagu Generasiku (OAG), yang mungkin akan memberi kelainan pada penampilannya kali ini.

“Ya, minggu ni memang nak kena santai dan agresif sebab lagu tu memang nak kena bergerak dan havoc,” ujarnya lagi.

loading...

Add Comment