Kereta mewah A Aida

Memiliki kereta mewah pasti menjadi idaman ramai di luar sana.

Kita yang melihat pun pasti teruja kerana kalau difikirkan secara positif akan menjadi satu motivasi.

Wow! Itulah ungkapan ringkas yang boleh Papa luahkan ketika melihat sebuah kereta mewah di ibu negara, baru-baru ini.

Mulanya Papa tak perasan sangat namun selepas diamati tuan punyanya yang cantik bergaya itu, rupa-rupanya dia produser drama popular, Datuk A Aida.

Pada awalnya Papa tidak perasan sebab wanita itu bertopi dan berpakaian kasual tapi apabila dilihat betul-betul, memang dia adalah A Aida yang semakin mengancam.

Papa pun sempat merisik kepada sumber terdekat dengan A Aida mengenai minatnya itu dalam dunia automobil. Difahamkan, kereta mewah dua pintu itu bernilai lebih RM1 juta. Hmm, meriah.

Malah dengar kata Aida juga ada beberapa lagi koleksi kereta mewah daripada pelbagai jenis untuk kegunaan keluarga.

Papa dan ramai lagi kagum dengan hasil usaha dan kerja keras A Aida dalam mengembangkan perniagaan khususnya syarikat produksi drama A Aida Production Sdn Bhd. Ia bukan kerja senang.

Khabarnya Aida juga banyak membuat kerja amal. Baguslah tu, rezeki yang diperoleh selama ini dikongsi sama dengan masyarakat. Alhamdulillah.

loading...

Add Comment