Liza Hanim Terharu Peminat Menangis Bertemunya

Sabtu lalu telah diadakan majlis perjumpaan kelab peminat Liza Hanim iaitu LHUnique.  Lebih kurang 20 orang peminat setia yang sempat menyertai pertemuan eksklusif tersebut.

Apa yang menariknya Kakigosip melihat terdapat ramai yang menangis apabila dapat bertemu dan berbual mesra dengan penyanyi pujaan mereka ini.

“Ya hari itu memang hari menangis sedunia,” ujar Liza sebelum memulakan perbualan.

Menurutnya, kelab peminat tersebut diatur oleh peminat setianya dari Singapura iaitu Mala bersama rakan-rakannya.  Tempat terhad jadi tidak ramai yang dapat dijemput sama.

“Saya sangat terharu apabila ada yang menangis bercerita mengenai pengalaman mereka membesar dengan lagu-lagu saya.  Walaupun saya kurang aktif menyanyi lagi tetapi mereka tetap menyokong saya.  Ini yang membuatkan saya semakin bersemangat.

“Ya, saya akan muncul dengan sebuah single terbaru.  Ada dalam perancangan insyaAllah pertengahan tahun hadapan dan sekarang dalam proses memilih lagu yang betul-betul sesuai dengan saya.  Saya tak mahu muncul dengan lagu tangkap muat sahaja.  Biarlah kemunculan saya itu nanti benar-benar memberi impak,” jelas penyanyi bersuara lunak ini.

Konsep balada nampaknya masih menjadi pilihan Liza Hanim.

“Balada adalah ‘makanan’ saya dan ini bukan pertandingan pun, jadi biarlah saya buat apa yang saya suka dan apa yang saya boleh,” ujarnya lagi mesra.

Sedikit mengenai perkembangan peribadinya, Liza kini mempunyai empat orang anak.

“Alhamdulilah anak sulung di tingkatan 1 dan paling kecil setahun lebih umurnya.  Jadi anak dah boleh harap dan saya pun rasa selesa untuk kembali semula menyanyi.  Dulu tak menyanyi sebab tumpu pada keluarga dan rezeki anak.

“Pun begitu, saya tak adalah aktif sangat nak menyanyi seperti dahulu.  Biasa-biasa sahaja untuk ubat kerinduan bertemu dengan peminat,” luahnya.

Kakigosip tak sabar nak tunggu lagu terbaru dari penyanyi ini.  Tengok dari perkongsian video kelab peminatnya, suara Liza masih lagi vazz seperti dahulu.

loading...

Add Comment