Netizen Dakwa Wujud Unsur Pedofilia Dalam Goblin

Drama sensasi, Goblin, yang kini rancak ditayangkan sejak 2 Disember lalu telah mencetuskan fenomena bukan saja di Korea malah kalangan peminat drama di peringkat antarabangsa.

Bagiamanapun baru-baru ini, Goblin mencetuskan isu ekoran sesetengah penonton menyuarakan kebimbangan mereka sekaligus melemparkan kritikan mengenai drama yang sekarang baru memasuki episod ke-5 itu terutama tentang plot cinta antara watak yang dilakonkan bintang filem Train to Busan, Gong Yoo dan aktres Kim Go Eun.’

Laman web rasmi drama berkenaan dihujani komen dan kritikan sekaligus meminta penulis skripnya mempertimbangkan semula dialog dan babak percintaan karakter Ji Eun-Tak dan Goblin @ Kim Shin kerana dianggap tidak sesuai dan tidak ‘kena’.

Ini kerana, Kim Go Eun mempotreykan seorang pelajar menengah (berusia 19 tahun, yang dianggap masih kecil di Korea). Manakala karakter yang dihidupkan Gong Yoo digambarkan sebagai seorang lelaki dewasa berusia 30-an.

..

Antara komen dan kritikan yang diluahkan netizen seperti berikut,

“Adakah saya menonton drama yang menggambarkan pedofilia 2016 … Lelaki yang kelihatan seperti pertengahan umur dan budak yang masih kecil menyukai antara satu sama lain sedang digambarkan sebagai percintaan … Ia menjijikkan. “, tulis pengirim komen.

“Walaupun dia bergurau, namun tidak manis untuk seseorang yang masih kecil mengatakan perkara-perkara seperti itu kepada orang dewasa. Saya rasa dialog percintaan antara seorang budak sekolah (walaupun dia hampir dewasa) dan seorang lelaki 30-an seperti tidak kena …. Pernahkah anda terfikir seorang lelaki berusia 30-an jatuh cinta dengan seseorang kanak-kanak? “, tulis seorang lagi peminat

“… Kim Go Eun bertanya, ‘Apakah jenis wanita yang kamu suka? Isteri yang patuh? Seksi? Profesional? Perlukah saya berubah setiap hari?’ – dialog ini tidak wajar diungkapkan oleh seseornag yang masih dibawah umur. Dan Gong Yoo pula menjawab, ‘daging, alkohol, dan wanita -. Lebih meriah’ – apa yang cuba hendak disampaikan dalam dialog sebegitu?, tulis satu lagi pengirim komen.

“Saya seorang peminat drama … Namun di episod kedua saya menyedari ada beberapa isu. Ji Eun Tak adalah pelajar sekolah menengah tetapi beliau memainkan peranan seperti dia adalah seorang kanak-kanak … dan dalam episod keempat, beliau berkata perkara-perkara seperti, ‘Mari kita mempunyai anak dan hidup bahagia,’ dan bertanyakan kepada Goblin jenis wanita yang disukai lelaki itu,”

“Saya rasa watak Kim Go Eun memerlukan beberapa perubahan. Dia terlalu kebudak-budakan… Satu lagi isu ialah, dalam drama, Ji Eun Tak disangka pelacur oleh teman-teman sekolahnya gara-gara menjalin hubungan dengan orang dewasa dan kemudiannya sia dibuli oleh rakan sekolahnya. Jadi apa niat penulis dalam menggambarkan mengenai plot hubungan cinta …? “, tulis satu lagi komen.

Seorang lagi peminat menulis komen,

“… Kim Shin berkata bahawa gadis sekolah menengah, masih kecil, adalah cinta pertamanya …? Bukankah itu tidak sesuai? Sebahagian daripada kamu mungkin berfikir umur hanyalah nombor, tetapi dalam kehidupan sebenar, jika seorang 30-an lelaki jatuh cinta kepada budak kecil, ia adalah salah. Dan mengapa mewujudkan karakter pelajar sekolah yang menengah? Mengapa tidak seorang pelajar kolej? “

Ia agak pelik untuk menonton watak Kim Go Eun membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki yang lebih tua … saya kecewa pada penulis.”

Pun begitu, ada segelintir pihak yang mempertahankan penulis drama tersebut dengan berkata, “Tidak apa-apa … Kamu hanya tidak suka Kim Go Eun dan lakonannya.”

Seorang lagi menulis, “Ia merupakan satu gambaran. Ji Eun-Tak percaya bahawa dia adalah ‘bride Goblin’. Selain itu, hidupnya terdesak kerana tidak ada seorang pun di dunia yang boleh menjaganya.

loading...

Add Comment