Tunggu karya baru The Weeknd

Baru mengeluarkan album baru, Starboy bulan lalu, penyanyi popular Kanada, The Weeknd dikhabarkan kini sibuk menghasilkan karya baru.

Dalam temu bual bersama Billboard, The Weeknd berkata, sudah mempunyai beberapa idea dan bahan untuk berkarya lagu baru.

“Album Starboy mengambil masa enam bulan untuk disiapkan dan selepas itu saya menutup studio sementara waktu selama empat bulan.

“Ini kerana saya tidak sabar memperkenalkan album ini kepada peminat, pada masa sama berkongsi minat saya menghasilkan muzik,” katanya.

Mengenai konsert jelajah Legend of the Fall World Tour yang akan berlangsung tidak lama lagi, The Weeknd mendedahkan lebih selesa membuat persembahan pada waktu malam.

“Suasana di sekeliling sangat penting bagi saya. Kadang-kadang saya dikehendaki membuat persembahan pada musim perayaan dan sukar menjiwai lagu pada waktu siang.

“Muzik saya sesuai dimainkan pada waktu malam. Saya mahu penonton berasakan seolah-olah mereka menyaksikan persembahan opera. Suasana gelap sangat penting bagi saya, “ katanya.

Menurut The Weeknd, dia berminat menggunakan perkhidmatan pereka set Es Devlin yang pernah membantu menjayakan latar pentas penyanyi popular Kanye West, Beyonce dan Adele.

“Dia juga menggemari teater dan opera. Devlin memberi sentuhan yang sangat berbeza berbanding pereka set lain,” katanya.

Sementara itu, single The Weeknd yang turut berjudul Starboy terus mempertahankan kedudukannya di tempat pertama dalam carta lagu Billboard Artist 100 selama 10 minggu.

loading...

Add Comment