Ed Sheeran Dedah Rahsia Semakin Kurus

Penampilan Ed Sheeran di awal tahun 2017 antara yang menjadi topik bualan ramai. Manakan tidak, di samping melancarkan dua single terbaharu Shape of You dan Castle on the Hill, beliau turut mencuri perhatian umum dengan susuk tubuh yang lebih kurus berbanding di awal kemunculannya dalam dunia muzik.

Menurut Ed Sheeran, sepanjang tempoh konsert jelajah yang lalu dia tidak langsung mengamalkan diet namun dia tidak menafikan mungkin kerana tidak cukup tidur menyebabkan dia mengalami penurunan berat badan.

“Saya tidak sedar bertapa aktifnya saya (makan) ketika mengadakan konsert jelajah. Rutin harian saya adalah adalah pizza dan beer, tetapi mungkin sebab saya cuma tidur 2 jam setiap malam, badan saya jadi agak susut.

“Usai konsert jelajah, saya tidak lagi makan pizza dan minum beer. Tiba-tiba saya sedar baju-baju saya banyak yang sudah tidak muat,” tuturnya ketika ditemubual radio slot 1 Breakfast Show, baru-baru ini.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Thinking Out Loud ini juga sempat berjenaka dengan mengatakan pakaiannya yang mengecut, bukan badannya yang membesar.

Bagaimanapun, Ed Sheeran kemudian berkongsi rahsia bagaimana dia menurunkan berat badannya. Dedahnya, dia mengamalkan aktiviti berlari selama 10 minit setiap hari dengan konsisten.

“Rasanya seperti, ‘semua pakaian saya yang sudah mengecut. Saya berlari selama 10 menit setiap hari, 30 saat sprint dan 30 saat jogging. Kuncinya jangan tertinggal satu hari pun, jadi anda tidak perlu melakukannya selama satu jam,” kongsinya.

loading...

Add Comment