IG Siti Saleha Cecah 1 Juta Pengikut Penangan 7 Hari Mencintaimu!

Kegilaan penonton terhadap drama bersiri, 7 Hari Mencintaimu yang telah mencipta sejarah tersendiri apabila ia ditonton lebih 12 juta penonton ternyata memberi impak besar buat teraju utamanya, Siti Saleha.

Akui aktres ini, bilangan pengikut di laman Instagram (IG) miliknya iaitu @Sallywho naik mendadak sehingga mencecah 200 ribu pengikut sepanjang drama tersebut bersiaran di TV3 menerusi slot Akasia sejak awal November lalu.

“Jujurnya, saya tidak pernah dapat berbelas ribu likes setiap kali saya muat naik gambar  di IG. Tapi bila drama ini ‘boom’, bilangan likes naik memang naik.

“Kadang-kadang saya post video sedutan drama itu pun sudah cecah ratus ribu tontonan berserta dengan beratus-ratus komen.

“Dulu pengikut IG saya sekitar 800k sahaja tetapi kini ia bertambah kepada 1 juta. Terima kasih buat semua yang berikan sokongan,” kata Saleha yang bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya pada tahun ini.

loading...

Add Comment