Tengok ABC Teringat Datuk Vida, Minum Teh Tarik Teringat David Arumugam

Sejak dua tiga hari ini netizen hangat memperkatakan tentang iklan yang menggunakan wajah pengasas popular Datuk Seri Vida dan penyanyi hebat Datuk David Arumugam.

Idea ini dianggap sangat kreatif kerana penyampaian iklannya yang menarik perhatian. Uniknya adalah apabila gambar air batu campur (ABC) telah diubahsuai menjadi seperti wajah pengasas tersebut memakai crown.

Sementara wajah Datuk David Arumugam pula memaparkan buih air teh tarik di gelas tersebut kelihatan seperti rambutnya yang menjadi trademark beliau bersama kumpulan Alleycats.

Sambutan dan perhatian yang diberikan oleh netizen ini secara tidak langsung telah menjayakan promosi yang dilakukan oleh syarikat pengeluar susu ini.

loading...

Add Comment