Anuar Zain Tiada Jiwa Untuk Berlakon

Peluang peminat untuk melihat penyanyi Anuar Zain berlakon agak tipis setelah penyanyi itu memberitahu yang dia tidak berminat untuk berlakon.

Katanya, dia berasakan jiwanya tidak cukup untuk melakonkan mana-mana watak.

“Peluang peminat untuk melihat saya berlakon itu ada. Tetapi, peratusannya amat tipis.

“Saya lebih fokus untuk karier nyanyian yang merupakan pintu rezeki utama saya,” katanya semasa sidang media pelancaran Anuar Zain Tour 2017, baru-baru ini.

Sebanyak lima pasar raya Mydin di seluruh Malaysia telah dipilih sebagai lokasi jelajah tersebut dengan lokasi pertama showcae di Mydin Samariang, Sarawak pada 12 Februari ini.

Selain itu, Anuar turut mendedahkan terdapat beberapa produksi yang menyuarakan minat mereka untuk menjadikan video klip Andainya Takdir sebagai sebuah drama.

Jelasnya, dia serta pihak pengurusannya sedang berbincang bagi mempertimbangkan tawaran tersebut.

Jika jadi drama Andainya Takdir, kenalah Anuar buat sekurang-kurangnya penampilan khas kan.

loading...

Add Comment