Adeline takut tak bertempat

Sikap saling menghormati dan memahami tugas orang lain seharusnya wujud apabila artis berurusan dengan wartawan. Tapi Cik Pang tidak nafikan wujud segelintir artis yang tidak faham dengan kerjaya wartawan hiburan.

Bagi mereka, wartawan tiada hak untuk bertanya soalan berbaur peribadi. Walhal di media sosial, kebanyakan mereka galak berkongsi foto dengan pasangan masing-masing.

Hal hampir sama berlaku kepada teman Cik Pang yang berurusan dengan Adeline Tsen untuk satu sesi fotografi.

Sebelum memberi persetujuan, Adeline bertanya bentuk soalan yang mahu ditanya teman Cik Pang.

Biarpun pelik dengan soalan Adeline yang bukan baru dalam industri, teman Cik Pang menjelaskan hanya soalan biasa mengenai kerjaya seninya.

Kebetulan masa itu, ada ura-ura pelakon berasal dari Sabah itu akan tampil dengan projek single. Jadi, pastilah teman Cik Pang mahu menemuramahnya secara eksklusif.

Teman Cik Pang turut menjelaskan akan ada beberapa soalan berkaitan peribadi seperti kisah cintanya dengan seorang model kacak yang dia sering kongsikan secara terbuka di laman sosial.

Malah teman Cik Pang sempat berpesan, kalau rasa tidak selesa untuk jawab secara terperinci pun tidak mengapa, asalkan ada sedikit kenyataan daripada Adeline mengenai kisah cintanya itu.

Tapi lain pula jawapan balas Adeline apabila dia bertegas tidak mahu menjawab soalan itu walaupun sudah puluhan gambar aktiviti percutian bersama dikongsikan di Instagram.

Kata pelakon itu, kalau soalan itu yang mahu ditanya, dia mahu batalkan sahaja sesi fotografi.

Teman Cik Pang yang malas nak layan kerenah si artis yang takut tak bertempat nak jawab soalan wartawan, sekadar bersetuju dan terus putuskan perbualan di telefon.

Nasihat Cik Pang, kalau tak mahu kisah peribadi ditanya wartawan, lain kali jangan muat naik kisah cinta, percutian romantis atau ayat-ayat rindu di laman sosial untuk tatapan umum.

Bukan apa, wartawan pun ada etika jika mahu bertanya soalan, bukan sekadar semborono tanpa bukti untuk mendapatkan penjelasan.

loading...

Add Comment