Muaz Mohamed Sertai Radio Kool FM?

Hari ini merupakan hari terakhir pengacara dan penyampai radio Nasional FM, Muaz Mohamed bertugas di RTM. Daripada sumber-sumber mengatakan bahawa personaliti tersebut bakal berhijrah ke stesen radio Kool FM.

Tidak mahu berteka-teki, Kakigosip terus mendapatkan jawapan daripada tuan punya badan sendiri.

“Alamak, mana dengar ni?  Saya tak berani nak cakap apa-apa buat masa ini, cuma apabila tiba masanya nanti saya update ya.  Doakan semuanya okay,” terang Muaz ringkas.

Muaz tidak mengiyakan atau menafikan sama ada gsoip yang mengatakan dia bakal ke Kool FM benar atau tidak.  Namun yang pastinya Muaz pasti akan dirindui di RTM.  Ini kerana selain penyampai radio,  Muaz juga merupakan pengacara dalam program-program besar RTM antaranya Bintang RTM.

loading...

Add Comment