Hajat Che Tom temui Azwan tidak kesampaian | KUALA LUMPUR – “Saya sedih bagi pihak ibu kerana hajat untuk lihat semua anak-anaknya sebelum pergi, tidak kesampaian kerana Azwan tidak ada,” demikian menurut Ummi Hafilda Ali, adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Ummi berkata, sepanjang lebih empat bulan menderita angin ahmar, arwah ibunya berhajat untuk menemui semua anak-anaknya namun tidak terlaksana.

“Sebagai ibu dia nak tengok semua anak dia, tapi satu saja Azwan tidak hadir, itu yang ralat sangat.”