45 Minit! Seksanya Nak Tanggalkan Kostum Spiderman

Berperanan sebagai spiderman menerusi filem terbaharu Spider-Man: Homecoming, bintang muda Tom Holland mengakui berdepan masalah setiap kali memakai dan menanggalkan kostum adiwira itu.

Menurut pelakon berusia 20 tahun ini, dia mengambil masa selama 45 minit untuk memakai pakaian tersebut. Disebabkan itu juga dia perlu datang lebih awal ke lokasi untuk membuat persiapan sebelum penggambaran dijalankan.

Tidak hanya itu saja, Tom juga terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk menanggalkan pakaian itu.

“Ada beberapa versi pakaian yang kita miliki dan ia akan digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza.

“Kadang-kadang saya harus memakai pakaian dihasilkan daripada besi dan menghabiskan selama 45 minit. Jika tidak memakai besi, mungkin hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit saja.”

‘Paling susah apabila setiap kali saya hendak pergi ke tandas,” kata Tom seperti yang dilaporkan Sunday World.

loading...

Add Comment