Azrel ‘nak berdua’ tahun depan

Pelakon Azrel Ismail mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pelakon pada tahun hadapan.

Bagaimanapun pelakon drama Menantu TingTong ini enggan mendedahkan identiti bakal suri hatinya itu.

“Insya-Allah, saya merancang tamatkan zaman bujang tahun hadapan.

“Namun siapakah bakal isteri, akan saya maklumkan nanti kerana masih terlalu awal untuk bercerita mengenai perkara ini,” katanya.

Ditanya adakah wanita terbabit adalah Ruhainies memandangkan pernah digosipkan sebelum ini, Azrel berkata mereka berkawan.

“Hubungan kami memang rapat malah saya pun baik dengan keluarganya.

“Namun, dia masih muda dan mahu membantu keluarganya,” katanya.

loading...

Add Comment