Janna Nick Buat Aksi Stunt Sendiri

Pelakon popular, Janna Nick membintangi sebuah filem TV yang bertajuk ‘Bo Bajet’.

Di  dalam cerita ini terdapat beberapa babak yang memerlukan dia untuk melakukan aksi stunt.

Selalunya untuk babak-babak stunt ini pelakon akan digantikan dengan pelakon stunt profesional namun kali ini Janna melakukan babak stunt itu sendiri.

Filem Bo Bajet ini merupakan sebuah arahan daripada Chiu Keng Guan atau lebih dikenali sebagai Chiu. Terdahulu Chiu pernah menjadi pengarah untuk filem ‘Ola Bola’.

Bo Bajet bermaksud ‘Tiada Bajet’ di dalam Bahasa Melayu. Saharul Ridzwan juga merupakan salah seorang pelakon yang akan membintangi filem ini dan ramai lagi nama-nama besar dalam industri seni akan turut menjayakan filem ini seperti Fatimah Abu Bakar, Noryati Taib dan ramai lagi.

loading...

Add Comment