Berhabis RM23juta Perketat Sistem Keselamatan Rumah

Kedatangan tetamu tidak diundang ke rumah untuk mencuri sememangnya akan menimbulkan kemarahan bagi sesiapa pun. Begitu juga dengan Simon Cowell, 57, yang pernah mengalami kecurian di kediamannya yang terletak di Holland Park, London Barat, kira-kira tiga tahun lalu.

Selain rasa takut, pencari bakat program X-Factor ini mengalami kerugian besar termasuklah kehilangan barang perhiasan mewah, barang kemas dan jam tangan dan nilai kerugian tersebut sebanyak £950,000 (kira-kira RM4,535,015).

Tidak mahu kejadian sama berulang, Simon Cowell sanggup menghabiskan kos sebanyak £500.000 atau kira-kira RM23,868,500 untuk memperketat kawalan keselamatan rumahnya.

“Sekarang pencuri itu sudah di penjara, tentu saja saya sedikit rasa lega.

“Kejadian itu benar-benar membuatkan saya trauma dan saya tidak mahu ia berlaku lagi.

“Sebenarnya saya juga sudah menambah pengawal keselamatan rumah saya dan langkah keselamatan lain termasuk alat penggera dan sebuah bilik panik,” katanya seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

Terdahulu, pencuri yang mencuri di rumah Simon di kenali sebagai Darren telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun, pada Februari lau.

Hukuman terhadap Darren menjadi semakin berat kerana sehari selepas kes mencuri, dia didakwa membunuh seorang penunggang motorsikal. Dia juga mempunyai sebanyak 58 rekod jenayah.

Dek kerana tidak mahu lagi mengalami kejadian yang memberi risiko besar terhadap keluarganya, Simon telah membeli sebatang pemukul baseball sebagai langkah berjaga-jaga jika ada pencuri yang cuba memecah masuk ke dalam kediamannya.

“Sekali pandang, rumah saya nampak seperti dalam filem Raiders of the Lost Ark. Saya juga sudah membeli sebatang pemukul baseball, kalau-kalau ada orang yang tidak dikenali cuba masuk,” tuturnya.

loading...

Add Comment