Afgan ‘Diekori’ Peminat Dari Malaysia Berusia 50 Tahun?

Penyanyi Afgansyah Reza atau Afgan merupakan salah satu artis yang mempunyai ramai peminat yang digelar sebagai Afganisme. Pelbagai cerita tentang peminatnya yang membuatkan pemuda berlesung pipt ini geleng kepala.

Memetik laporan DetikHot, pelantun lagu Knock Me Out ini menyifatkan setiap kehadiran peminatnya dianggap sebagai penyuntik semangat sekaligus motivator terbesar untuk peningkatan kariernya.

Adanya peminat, membuatkan Afgan sentiasa mahu menjadi seorang artis yang lebih baik lagi dalam berkarya. Sebagai menghargai Afganisme yang setia menyokongnya, kata Afgan, dia selalu meluangkan masa untuk bertemu dengan mereka.

“Januari lalu menjadi ulang tahun Afganisme. Setiap tahun saya menyambut ulang tahun Afganisme dan berbuka puasa bersama mereka,” katanya.

Meskipun sudah cukup mengenali karakter para peminatnya, Afgan tidak menafikan ada saja gelagat peminat yang mencuri perhatiannya. Salah satunya adalah seorang peminat wanita yang dikatakan dari Malaysia yang selalu ada di mana-mana Afghan membuat persembahan.

“Kalau fanatik ada juga. Ke mana-mana saja dia ikut. Ada fans saya dari Malaysia. Saya mahu nyanyi di manapun misalnya di luar Malaysia, di Indonesia dan keliling Indonesia dia turut ikut,” dedah Afgan.

“Dia wanita dan umurnya sudah 50 tahun. Jadi kadang-kadang sering nggak nyangka juga sih. Sampai sekarang, saya mahu nyanyi di konsert mana pun pasti ada dia,” tambahnya.

Selain itu, Afgan juga pernah dikejutkan peminat yang berani menggodam email peribadinya. Ada juga yang memecah masuk ke rumah bilik tidurnya.

loading...

Add Comment