Siti ucap takziah atas pemergian anak Bazli UNIC

PENYANYI, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut mengucapkan takziah atas pemergian anak kepada anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan Che Osman, iaitu Muhammad Syahid, 3 tahun yang meninggal dunia pagi tadi.

Beliau mengucapkan salam takziah tersebut menerusi laman Instagram dengan ‘repost’ semula video yang dimuat naik oleh Bazli sebelum ini.

“Insya-ALLAH, syurgalah tempatmu sayang Syahid, Al Fatihah,” tulisnya.

Bazli Hazwan mengumumkan pemergian Muhammad Syahid, 3, awal pagi tadi akibat kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerusi mesej yang kemudiannya dimuat naik di Facebooknya, Bazli Hazwan Unic, kira-kira 7 lebih pagi tadi.

Siti sebelum ini pernah menjadi juri jemputan untuk Finale Gema Gegar Vaganza baru-baru ini pernah mengalirkan air mata sewaktu persembahan kumpulan UNIC.

loading...

Add Comment