Saharul Ridzwan Lega Kesihatan Anak Semakin Baik

Pelakon Saharul Ridzwan lega apabila doktor memaklumkan anaknya, Muhammad Luth Ali yang baru berusia sebulan kini berada dalam keadaan baik selepas mengalami masalah bengkak pada bahagian kelenjar leher kiri, baru-baru ini.

Penyakit tersebut adalah situasi biasa yang dialami oleh golongan kanak-kanak.

“Alhamdulillah menurut doktor, gejala bengkak kelenjar pada bahagian leher adalah satu situasi biasa yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

“Doktor menasihati agar bayi kerap diberikan susu badan bagi membantu tahap antibodi dan pulih dengan sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Meskipun doktor memaklumkan bayi berusia sebulan itu tidak menghidapi sebarang penyakit kronik, Saharul bagaimanapun tidak menafikan bahawa dia tetap berasa bimbang akan keadaan tahap kesihatan anaknya.

Saharul melangsungkan perkahwinan dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September tahun lalu.

loading...

Add Comment