Kajol Kongsi Gambar Bersama Rosmah Mansor

loading…
Kajol Kongsi Gambar Bersama Rosmah Mansor

PETALING JAYA: Kunjungan heroin Kuch Kuch Hota Hai ke Malaysia bukan sahaja membuatkan peminat filem Bollywood di negara ini teruja, namun sekeping gambar terbaru yang dikongsikan Kajol Mukherjee di Instagram turut mencuri tumpuan peminat.
Nampaknya, primadona itu tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur sempena lawatannya itu.
“Satu lagi untuk kelab wanita…bersama wanita pertama Malaysia Datin Paduka Rosmah Mansor (sic),” tulisnya pada posting berkenaan.