Wanita Bungkus Bayi Baru Lahir Dalam Plastik Untuk Dipos Ke Rumah Anak Yatim Melalui Kurier

loading…
Wanita Bungkus Bayi Baru Lahir Dalam Plastik Untuk Dipos Ke Rumah Anak Yatim Melalui Kurier

Lagi-lagi kisah ibu yang kejam dan tiada berhati perut. Entah apa yang difikirkan mereka ketika memperlakukan bahaya terhadap anak kecil yang tidak berdaya ini. 
Tak sayang anak ke??
Menurut AsiaOne, seorang bayi perempuan yang baru lahir hampir kehilangan nyawanya apabila ibu kandung kepada bayi tersebut cuba membalut anak kecilnya itu ke dalam plastik dan menghantarnya ke rumah anak yatim menggunakan sistem pos. Ini sah ibu mental ni!
                          

Hal tersebut terbongkar apabila seorang pekerja kurier dari Fujian, China mengambil sebuah bungkusan misteri dari seorang wanita berusia 24 tahun pada Rabu lepas. Pekerja lelaki yang curiga dengan isi dalam bungkusan itu berniat untuk membuka, namun ditahan dari melakukan hal tersebut.
Haa nampak sangat menyimpan rahsia!
Namun sewaktu dia dalam perjalanan menuju ke rumah anak yatim itu, lelaki tersebut terdengar suara tangisan anak kecil dari dalam bungkusan yang diambilnya tadi. Terkejut dengan bunyi tersebut, pekerja kurier itu dengan pantas mengoyak bungkusan itu dan menjumpai seorang bayi comel di dalamnya.

Add Comment