Rose (Blackpink) Pilih Jadi Artis Gara-gara Gurauan Bapa

Anggota kumpulan Blackpink, Rose mengaku memilih menjadi seorang artis gara-gara satu gurauan daripada bapanya.

Menurut penyanyi berusia 20 tahun ini, pada mulanya dia tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang bintang KPop memandangkan dia dibesarkan di Melbourne, Australia dan sedang melanjutkan pelajaran di negara itu.

Bagaimanapun, keinginannya mahu mencuba nasib di sesi ujibakat di dorong dengan satu gurauan daripada ayahnya sendiri.

Apabila pihak agensi YG Entertainment melakukan sesi ujibakat di Australia, ayahnya bergurau sekaligus mencadangkan supaya dia pergi menghadiri sesi ujibakat tersebut.

“Ketika di Australia, saya tidak pernah terfikir bahawa saya mempunyai peluang untuk menjadi seorang penyanyi apatahlagi seorang bintang KPop.

“Saya tinggal jauh daripada negara Korea dan tidak ia tentu mustahil bagi saya,” katanya gadis kelahiran Auckland, New Zealand ini.

Siapa sangka, ketika sesi ujibakat di Australia, Rose menjadi pilihan pertama agensi tersebut. Dua bulan kemudian dia pulang ke Korea dan terus menjalani latihan.

Pada tahun 2012, dia akhirnya berjaya dan menandatangani kontrak bersama agensi tersebut dan muncul menerusi debut sebagai anggota Blackpink pada tahun 2016.

Selain Rose, Blackpink dianggotai Jisoo, Jennie dan Lisa, anggota yang berasal dari Thailand. Kumpulan ini cukup popular menerusi lagu seperti Boombayah, Whistle, Playing With Fire, Stay dan As If It Your Last.

loading...

Add Comment