Kucing Pun Ada Kad Matrik, Ikuti Kuliah Di UIA

Dari kucing jalanan akhirnya dibela menjadi kucing peliharaan di salah sebuah fakulti di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Kucing yang diberi nama ‘Labun’ ini sememangnya disayangi ramai tidak kira pensyarah, pelajar, pekerja pembersihan dan juga dekan fakulti sendiri.

Apa yang menariknya Labun mempunyai kad matrik sendiri dan diletakkan di lehernya. Dia juga sering masuk ke kelas kuliah dan seolah-olah mendengar kuliah namun begitu akhirnya dia akan tertidur di atas meja.

Labun mula mendapat perhatian ramai apabila gambar-gambarnya yang dimuat naik oleh seorang pelajar di laman sosialnya menjadi tular sehingga mendapat liputan daripada sebuah portal terkenal dunia, Buzzfeed.

Menurut salah seorang penjaga Labun iaitu Prof Dr Norsaremah Salleh, kucing comel ini dijaga oleh empat orang pensyarah malah turut dibantu oleh pelajar dan petugas pembersihan di bangunan fakulti tersebut.
“Empat orang mommy inilah yang akan bergilir-gilir membelikan makanan untuk Labun.

“Para pelajar juga ramai yang tidak lokek memberikannya makan dan permainan, malah mereka juga rajin melayan Labun bermain,” katanya.

Norsaremah memberitahu Labun telah ditemui berkeliaran di sekitar kawasan fakulti kira-kira lima tahun yang lalu.

“Masa tu Labun masih seekor kitten dan sangat manja. Mungkin dibuang ke sini, sebab tak pernah pula terserempak dengan ibunya.

“Kasihan melihat keadaannya, saya ambil keputusan untuk menjaganya. Tapi saya tidak berseorangan kerana turut dibantu rakan-rakan pensyarah yang lain,” ceritanya.

Profeser ini juga berkata, kehadiran Labun di fakulti ini bukanlah sekadar hiburan sahaja tetapi dapat memupuk sifat sayang dan prihatin terhadap haiwan.

Tidak dapat dinafikan, kucing adalah haiwan yang sangat jinak dan kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW.

Jadi tidak salah jika kita menjaga dan berikan kasih sayang kepada haiwan comel ini.

loading...

Add Comment