Zul Tunggu Penjelasan Zahirah

Pelakon Zul Ariffin berharap kekasihnya, Zahirah Macwilson dapat memberi penjelasan lebih terperinci tentang isu pertikaian antara wanita itu dengan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong, yang tercetus sekitar bulan lalu.

“Sukar untuk saya komen sama ada marah atau tidak kerana ia melibatkan perasaan. Jadi, lebih baik pandangan atau segala yang berkaitan mengenai perkara itu hanya saya sendiri mengetahuinya.

“Zahirah juga tidak berada di Malaysia buat masa sekarang kerana menjalani penggambaran di luar negara. Justeru, saya akan menunggunya pulang dan mengharapkan agar dia dapat memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai perkara ini

“Sejujurnya saya ingin mengetahui apa punca dan tujuan pertikaian itu berlaku. Adakah ia disebabkan untuk projek baharu mereka, publisiti, meraih undian mahupun ingin mengeratkan hubungan sesama artis,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Dalam pada itu Zul mengakui dia dan Zahirah sudah beberapa minggu tidak berhubung antara satu sama lain.

“Tidak dinafikan hampir beberapa minggu kami tidak berhubung antara satu sama lain. Sekiranya ingin menjelaskan mengenai hubungan, buat masa sekarang tiada apa yang ingin dikatakan kerana saya masih mengharapkan penjelasan daripadanya,”tuturnya.

Zul bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan insiden tersebut kononnya telah mengganggu perancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan aktres itu.

“Tiada komen untuk hal itu. Lebih baik tanyakan soalan tersebut kepada bapa Zahirah sendiri,” katanya.

loading...

Add Comment