Persembahan Terakhir Big Bang?

Penyanyi popular Taeyang memberi bayangan seolah-olah konsert jelajah The Last Dance Tour yang akan berlangsung di Jepun dan Korea pada Disember depan merupakan persembahan tearkhir Big Bang.

Menurut Taeyang, ada konsert tersebut, dia sediri akan membuat ersembahan sekurang-kurangnya empat buah lagu yang pernah hits sebelum ini dan tiada single baharu daripada mereka

“Saya fikir saya perlu mempersembahkan tiga atau empat. Tiada lagu baru dari Big Bang. Kami hanya berempat, ini adalah sesuatu yang kita semua perlu lakukan. “

“Ini mungkin benar-benar kali terakhir, saya sedih … Apa yang boleh kami buat? Ia sudah berakhir untuk kami,” katanya ketika ditemubual dalam program Livin’ the Double Life, baru-baru ini.

Dalam pada itu Taeyang turut meluahkan kerinduannya terhadap anggota lain serta kenangan indah saat mereka berlima.

Tambah pelantun lau Eyes, Nose, Lips ini, ketika mengadakan konsert solo di Thailand, dia meminta untuk menginap di hotel yang sama yang pernah didudukinya bersama Big Bang kira-kira dua tahun lalu.

“Saya selalu merindui ahli-ahli Big Bang, walaupun bercakap tentang mereka pada masa ini membuat saya lebih merindui mereka,” tuturnya.

Selain Taeyang, Big Bang terdiri daripada G-Dragon, Daesung, T.O.P dan Seungri.

Sejak awal tahun ini, Big Bang dilanda pelbagai kontroversi yang mengaitkan nama T.O.P yang di dakwa memiliki dadah. Dia kini ‘direhatkan’ daripada aktif bersama anggota lain.

Sementara itu, laporan media Korea menyebut keempat-empat anggota kumpulan ini bakal menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun mulai awal tahun depan.

loading...

Add Comment