Peserta Filipina Miss Tourism International 2017/2018

RATU Cantik dari Filipina, Jannie Loudette Alipo-on, 25, dinobatkan sebagai Miss Tourism International 2017/2018 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam tadi.

Ratu cantik Miss Tourism International 2016/2017, Ariel Pearse dari New Zealand memakaikan tiara kepada ratu baharu itu.

Dengan kemenangan ini, Jannie membawa pulang wang tunai RM10, 000 dan biasiswa bernilai RM60,000 serta hadiah sampingan.

“Saya sangat terharu dan gembira dengan kemenangan yang tidak disangka ini. Ini juga merupakan impian saya sejak sekian lama,” kata Jannie.

Model, pengacara dan ahli perniagaan itu turut menyandang gelaran Miss GINTELL Wellness.

Dalam pertandingan itu, Maja Aleksandra, 17, dari Poland memenangi gelaran Miss Tourism Metropolitan International; Lois Merry Tengel, 20, dari Indonesia (Miss Tourism Cosmopolitan); Diana Hills, 20, dari Australia (Miss Tourism Global); Julia Do Vale Horta, 23, dari Brazil (Dreamgirl of the Year) dan peserta Thailand, Tamolrut Tanon, 20, dinobatkan sebagai Miss South East Asia.

Peserta Malaysia, Melissa Ng Sook Khuan, 24, sekadar berpuas hati memenangi gelaran Miss Glowing Glojas.

Kali ini, 47 negara mengambil bahagian dalam pertandingan yang membantu mempromosikan Malaysia khususnya dan negara peserta dalam sektor pelancongan.

Ia juga bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

loading...

Add Comment