‘Saya bukan promoter, saya aktor’

KECANGGIHAN teknologi masa kini memberikan ruang dan peluang yang lebih besar buat sesetengah selebriti dalam membantu syarikat produksi atau penerbit mempromosikan karya terbaru lakonan mereka.

Bagaimanapun tidak semua selebriti melihat ‘tugas’ mempromosi lakonan mereka sebagai satu kemestian dan perkara itu juga turut dikongsikan oleh pelakon berbakat besar, Johan Ariff As’ari atau lebih dikenali sebagai Johan As’ari.

Luah Johan, 30, menerusi laman sosial Instagram miliknya, sebagai pelakon, bukan tugasnya untuk mempromosikan karyanya dan tanggungjawab itu harus diserahkan kepada mana-mana promoter atau pengedar yang lebih bertauliah.

Cadang Johan, setiap penerbit harus memanjangkan rezeki dengan membayar promoter yang bertauliah bagi tugas mempromosikan drama atau filem.

“Janganlah kedekut sangat tuan produser, keluarlah modal, panjangkan rezeki pada mereka.

“Penat-penat mereka belajar sampai universiti, sekurang-kurangnya berlipat kali ganda pahala tuan produser panjangkan rezeki pada yang berkenaan.

“Malu dengan Indonesia, Brunei dan Singapura. Inikah asas perniagaan?” ujarnya.

Tidak melihat luahannya itu sebagai satu yang keterlaluan, Johan berkata, setiap penerbit harus berbincang dengan jelas supaya mudah pihak pengurusannya menetapkan bayaran sekiranya dia diperlukan untuk membuat promosi.

“Saya bukan promoter, saya aktor,” tegas Johan ringkas.

loading...

Add Comment