Ayrahana Hijab tampil lebih berani

 Masih lagi mengekalkan wangian nombor satu negara, jenama haruman keluaran tempatan, Ayrahana Hijab mengorak langkah setapak ke hadapan apabila membuat penjenamaan semula bersesuaian dengan misi menjadikan wangian sebagai personaliti diri.

Pengasas Ayrahana Hijab berkata, kali ini Ayrahana Hijab tampil dengan lapan siri wangian baharu yang mampu menjadi pilihan pengguna bersesuaian dengan personaliti atau karektor masing-masing.

“Lapan siri wangian ini sememangnya ditunggu oleh pengikut Ayrahana Hijab selepas  lebih dua tahun jenama Ayrahana Hijab menemui pengguna.

“Pengalaman dan maklum balas pengguna digunakan sebaiknya sebagai cara pemilihan setiap wangian,”.

Lapan siri berkenaan iaitu Hawa, Adamia, Salleha, Nohar, Ma’ila , Armia, Barsua dan Arfan dicipta istimewa bagi membezakan personaliti dan karektor pengguna.

Hadir dalam kemasan tersendiri siri berkenaan diilhamkan sempurna dalam botol berwarna putih untuk haruman wanita dan  haruman lelaki.

Tiga kunci utama menjadikan pengguna setia dengan wangian Ayrahana Hijab adalah tahan lama dengan harga yang murah, mesra solat dan senang dibawa.

Ayrahana Hijab juga telah banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi suri rumah dan pelajar untuk berniaga dari rumah menggunakan medium online sebagai platform permulaan,” katanya.

Harga untuk lapan siri wangian baharu dijual pada harga serendah RM55 untuk 10ml bagi 4 botol bagi set wanita dan lelaki.

loading...

Add Comment