Duet bersama isteri lebih banyak dapat like

GARA-GARA geram kerana mendapat dislike yang banyak terhadap lagu Abang Nak Tegur duet bersama usahawan Nur Sajat, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri lancarkan pula Abang Nak Tegur 2.0 yang menampilkan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

“Kali ni saya sengaja tampilkan isteri saya untuk gantikan Sajat. Kita tengok takat mana dia boleh pergi,” katanya.

Menariknya, sebaik sahaja dilancarkan semalam, lagu ini terus menjadi #no. 1 trending.

Advertisement

Setakat artikel ini ditulis, klip video ini mendapat 1.1 juta tontonan dan lebih banyak jumlah like daripada dislike.

Nampaknya netizen lebih sukakan versi 2.0 ini berbanding sebelumnya.

Berkenaan dengan penggambaran klip video di Sepanyol, Aliff mengakui ada ketikanya moodnya tidak berapa stabil.

“Macam-macam benda berlaku termasuklah saya dirompak. Tambah pula isteri saya ada hubungi. Mungkin kerana rasa cemburu sebab bila baca komen netizen. Ada yang tuduh Sajat nak jadi perampas dan sebagainya. Padahal kami ke sana bersama team lain juga,” jelasnya.

Timbul juga dakwaan yang mengatakan Aliff dan Sajat sengaja mencipta beberapa gimik.

“Kalau nak dikata gimik tu tidaklah. Biasalah bila bekerja dan macam-macam pula jadi, kami jadi tertekan. Saya pula akui ada masanya rasa down. Misalnya kami terkejar-kejar untuk mendapatkan cahaya matahari, tapi masih banyak scene yang belum shoot. Tambah Sajat pun emosi juga,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aliff yang bakal melancarkan produk d’herbs Blusher Collagen juga turut memberitahu pelancaran muzik video berkenaan akan dilancarkan pada awal Januari depan.

“Kalau nak tanya mengenai kos apa semua, boleh tanya kami masa sidang media nanti. Yang pasti, memang mahallah sebab melibatkan tiga buah negara,” akhirinya.

loading...

Add Comment