Peluang Ujibakat I Can See Your Voice Malaysia

Berunsurkan konsep dan format rancangan asal dari Korea Selatan oleh CJ E&M, kini tiba I Can See Your Voice (ICSYV) Malaysia versi Bahasa Malaysia.

Setiap episod, enam orang peserta akan diperkenalkan dan dengan kerjasama ahli panel, penyanyi jemputan perlu menyingkirkan para peserta sehingga tinggal seorang sahaja peserta.

Pada penghujung setiap episod, peserta terakhir akan berganding bersama penyanyi jemputan, di mana akan diketahui sama ada peserta tersebut mungkin bersuara merdu atau sumbang.

“Program ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menceburi dalam bidang hiburan.

Program ini tidak mendiskriminasi mereka yang tidak mempunyai bakat nyanyian, oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan khalayak ramai yang berminat untuk menghadirkan diri ke sesi uji bakat,” kata penerbit eksekutif I Can See Your Voice (ICSYV) Malaysia, Puan Mas Ayu Binti Ali.

Sesi uji bakat terbuka untuk warganegara Malaysia berusia 15 tahun ke atas dan yang berminat untuk mempamerkan bakat terpendam mereka di kaca televisyen.

Peserta yang menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah menghadirkan diri ke sesi uji bakat yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh Masa Lokasi
15, 16 & 17 Disember 2017 10.00pagi – 5.00ptg Sri Pentas, Bandar Utama

loading...

Add Comment