Indah Ruhaila Bakal Dedah Identiti Suami Ahad Ini

Penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah, Indah Ruhaila bakal melangsungkan pernikahan pada 24 Disember (Ahad) ini.

Menurut Indah, majlis pernikahannya akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri kaum keluarga.

“Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media saya cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.

“Saya ingin menjelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Sekali lagi, saya memohon maaf tulus dari hati. How i wish, i can share my happiest moment in life with all of you. Terima kasih kerana terus membantu karier saya selama ini. Doakan yang terbaik untuk saya.,” katanyadalam satu kenyataan.

Indah juga memberitahu dia akan mendedahkan bakal suaminya selepas selesai majlis pernikahan nanti.

loading...

Add Comment