Kereta Tulisan ‘Perampas Laki Orang’ Bukan Milik Izreen

Aktres Izreen Azminda menegaskan sebuah kereta yang disembur cat dengan tulisan ‘Perampas Laki Orang’, bukan miliknya.

“Eh, bukan kereta sayalah. Saya sedang berada di set penggambaran projek drama terbaharu arahan Ziela Jalil, Geng Tadarus Untuk Ramadan yang bakal disiarkan RTM,” katanya sepeti yang dilaporkan BH online.

Sejak semalam kecoh mengenai foto sebuah kereta yang disembur cat dengan tulisan ‘Perampas Laki Orang’, viral di internet.

Ramai menyangka kereta tersebut milik Izreen gara-gara kontroversi yang menghambat dirinya selepas menjadi isteri kedua seorang pemuzik dikenali sebagai Ude.

loading...

Add Comment