Berikanlah kekuatan hati buat seorang isteri, ibu…

TERKESAN dengan situasi yang menimpa Datin Diana Danielle, beberapa selebriti turut dilihat memberi kata-kata semangat dan sokongan moral terhadap aktres tersebut.

Hasil tinjauan di laman Instagram (IG), rata-rata selebriti berharap agar bintang filem Hanyut ini tabah menghadapi dugaan yang menimpa suaminya, Datuk Farid Kamil yang ditahan polis pada 11 Januari lalu.

Aktres popular, Fasha Sandha berharap agar peminat terus memberi sokongan dan semangat buat Diana.

“Ya ALLAH, berikanlah kekuatan buat hati seorang isteri dan seorang ibu. Semoga tabah menghadapi ujian.

“Berikanlah sokongan dan doa yang baik2 buat mereka. Semoga dipermudahkan-Nya. Amin,” tulisnya.

Begitu juga dengan beberapa aktres lain yang turut mendoakan kesejahteraan buat Diana sekeluarga.

“May ALLAH ease everything for U & family. Jangan anggap diri suci untuk mengaibkan orang lain. Setiap manusia akan diuji. Itu pasti. Be strong D,” tulis Betty Rahmad.

“You and your family are in our prayers, old friend,” kongsi Lisa Surihani pula.

“Speak good or remain silent. ~ Prophet Muhammad SAW. Stay strong brother. Our prayers are with you and family. Love and strength to my sister @dianadanielleb,” doa Nur Fazura.

“Abang Farid and D. Stay strong,” tulis Izara Aishah.

“May ALLAH ease. Sending strength, love and prayers. Semoga dipermudahkan. Insya-ALLAH,” harapan Sharifah Amani.

Terdahulu, Farid ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 11 Januari lalu.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu.

loading...

Add Comment