Jadual Gaji 2018 Kakitangan Awam Kerajaan

Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Kakitangan Awam. Bilakah tarikh pembayaran gaji 2018 atau Jadual gaji 2018 bulanan penjawat awam/ kerajaan? Mereka yang bekerja pasti mengharapkan upah atau gaji pendapatan hasil bekerja. Pembayaran gaji bergantung kepada pangkat (jawatan), kelayakan dan skill masing-masing dan dibayar dalam bentuk bayaran harian, jam dan paling sinonim dalam bulanan. Tidak terkecuali kakitangan awam kerajaan (Penjawat Awam).

Pembayaran gaji pada kebiasaannya dibayar pada hujung bulan. Pada waktu inilah, mesin ATM atau bank sesak dengan pekerja membuat urusan kewangan hasil pengajian mereka. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, Jadual Pembayaran Gaji 2018 Bulanan Kakitangan Awam/ Kerajaan dikongsikan di bawah ini untuk rujukan semua.

Jadual Pembayaran Gaji 2018 Kakitangan Awam

Berikut dikongsikan jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan 2018 kakitangan awam yang mungkin dapat membantu anda dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan kalendar cuti sekolah 2018 Malaysia. Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali.

Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2018. Waktu kritikal adalah pada waktu menjelang Hari Raya Aidilifitri. Pembayaran gaji seterusnya akan mengambil masa yang lama disebabkan gaji telah dibayar awal untuk persiapan Hari Raya.

Semakan dan cetakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di e-penyata gaji
Tarikh Jadual Gaji 2018
Berikut dikongsikan tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2018 dari makluman Surat Pekeliling Akauntan Malaysia yang tertakluk kepada perubahan.

Maklumat bayaran gaji yang dikongsikan memaparkan maklumat bulan/ tarikh/ jenis perayaan – jika ada dan hari.

Jadual Gaji 2018 Kakitangan Awam Kerajaan

1. Januari
8 Januari 2018 : Isnin (Tarikh pembayaran bayaran khas 2017 berjumlah RM1000)
25.01.2018 : Khamis

2. Februari
8.02.2018 : Khamis (Tahun Baru Cina 16 dan 17 (Jumaat dan Sabtu)

3. Mac
22.03.2018 : Khamis

4. April
25.04.2018 : Rabu

5. Mei
24.05.2018 : Khamis

6. Jun
7.06.2018 : Khamis (Hari Raya Puasa pada 15 dan 16 Jun 2018 (Jumaat dan Sabtu). Tarikh pembayaran gaji dan bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM500

7. Julai
25.07.2018 : Rabu

8. Ogos
14.08.2018 : Selasa (Hari Raya Haji 22 Ogos 2018 – Selasa)

9. September
25.09.2018 : Selasa

10. Oktober
25.10.2018 : Khamis

11. November
22.11.2018 : Khamis (Hari Deepavali – 6 November 2018 – Rabu)

12. Disember
24.12.2018 : Khamis

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada jadual gaji . Hampir kebanyakkan, hari pembayaran gaji jatuh pada hari Khamis.

loading...

Add Comment