Aisyah Aziz sedia berlakon

DALAM diam, penyanyi popular kelahiran Singapura, Aisyah Aziz mempunyai kebolehan dalam bidang lakonan.

Bakatnya terserlah menerusi sebuah drama mini siri demi mempromosikan single terbarunya, Indah Pada Waktunya duet bersama penyanyi Indonesia, Rizky Febian.

Mengakui bersedia untuk mencuba, namun keutamaan penyanyi berusia 23 tahun ini tetap dalam bidang muzik.

“Kalau diberi peluang, saya memang nak cuba. I want to see how far I can get it.

“Saya suka berlakon. Tapi, kalau nak cakap pasal minat, rasanya masih belum lagi.

“Saya tak mahu berlakon hanya kerana nak kejar glamor semata-mata. Lagipun, tumpuan saya tetap pada bidang nyanyian,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis pelancaran single Indahnya Pada Waktu, baru-baru ini.

Bagaimanapun, bekas peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013) ini mengimpikan untuk berlakon di pentas teater muzikal.

“Saya rasa ia mungkin lebih sesuai kerana status saya sebagai penyanyi dan penghibur,” katanya.

Dalam pada itu, drama mini siri enam episod itu menuntut Aisyah melakonkan watak pasangan kekasih di samping Rezky.

Secara tidak langsung, katanya, watak itu memerlukannya melakukan aksi romantis sekali gus memaparkan adegan berpelukan.

“Saya tak rasa adegan itu sebagai salah satu rangka promosi cuma hanya menjayakan watak yang diminta.

“Lagipun, saya naturally memang sejenis friendly dan di dunia realiti memang itulah cara saya beramah mesra. 

“Saya perlu bersikap profesional apabila ia melibatkan hal kerja demi mendapatkan hasil terbaik. Jadi, bila saya buat sesuatu, biasanya saya dah fikir apa yang akan datang,” katanya. 

Mini siri Indah Pada Waktunya diterbitkan Net Entertainment dengan kerjasama Paranormal Studios.

loading...

Add Comment