Peserta ‘The Voice’ Perancis Ini Dikutuk, Dituduh Sokong Pengganas?

Gara-gara dikecam teruk oleh masyarakat, impian dan perjuangan seorang gadis Muslim dikenali sebagai Mennel Ibtissem mahu membuktikan bakatnya dalam dunia nyanyian berkubur apabila dia terpaksa menarik diri daripada program realiti popular ‘The Voice’ Perancis.

Punca utama gadis berusia 22 tahun ini dikecam berikutan salah satu posting di laman akaun Facebook miliknya berkaitan engan serangan pengganas yang membunuh puluhan nyawa pada tahun 2016 lalu.

Walaupun posting tersebut telah dipadam namun netizen sempat print screen dan menyebarkan di internet.

“Sekali lagi, seolah sudah menjadi rutin apabila ada serangan pengganas akan membawa kad pengenalan besama mereka.

“Ya, bila kamu tengah merancang sesuatu yang teruk, jangan pernah lupa untuk membawa IC sekali bersama,” tulis Mennel di laman sosial tersebut.

Mennel merujuk kepada satu siri serangan ‘jihad’ di Perancis apabila polis sedang mengenal pasti pembunuh melalui dokumen yang ditemui dibadan mereka. Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen menganggap Mennel seolah-olah berpihak kepada pengganas.

Selepas menarik diri, Mennel memuat naik video meminta maaf namun ‘nasi sudah menjadi bubur’. Pihak produksi bagaimanapun menasihatinya agar menarik diri bagi menenangkan suasana tegang yang berlaku.

“Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti sesiapa melalui kata-kata saya, saat memikirkan ada yang terguris hati melalui perkara ini adalah menyakitkan.

“Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti (dari The Voice,” katanya.

Sebelum ini, Mennel pernah mendapat pujian sekaligus mencuri tumpuan netizen menerusi video dia mendendangkan lagu nyanyian asal Leonard Cohrn yang bertajuk Hallelujah dalam versi Arab dan Inggeris.

Video tersebut tular dan ditonton lebih 9,000,000 kali di YouTube.

loading...

Add Comment