Tengah Mandi Pun Nak Buat Rakaman ‘Live’

Vokalis kumpulan Monstar X, Wonho mengejutkan ramai selepas menyatakan menerusi aplikasi V Live, dia mahu ‘membawa’ peminat ke bilik mandi bersamanya.

Bagaimanapun rakaman secara langsung itu hanya merakamkan audio dan dia tidak menghidupkan kamera.

Walaupun tiada video namun menerusi rakaman audio itu, sambil menyanyikan lagu From Zero, Wonho seolah-olah ‘menunjukkan’ rutin mandi dan mencuci wajahnya.

Wonho terkenal dengan imej badannya yang berotot pernah menanggalkan kemeja dan mendedahkan tubuhnya ketika membuat persembahan di konsert.

Selain itu dia juga pernah menjadi mangsa fesyen dalam satu insiden memalukan apabila jaketnya yang ketat terkoyak ketika di satu sesi fotografi.

“Saya tidak boleh meletakkan siku saya kerana pakaian saya tidak selesa,” katanya. Ketika dia menunjukkan betapa tidak selesa pakaiannya, jaket tersebut terkoyak.

loading...

Add Comment