3 artis buat pemeriksaan kandungan di tempat sama

JIKA semalam gambar dan kapsyen pelakon Fasha Sandha tentang ‘kehamilan’ Sariyanti menarik perhatian ramai, kali ini penyampai radio terkenal, Linda Onn pula berkongsi berita yang turut memberi gambaran yang sama.

Linda menerusi sekeping gambar yang diambil bersama pelakon Ozlynn dan Sariyanti memberitahu mereka berjumpa secara tidak sengaja ketika membuat pemeriksaan kesihatan kandungan di tempat yang sama.

“Boleh pula kita terjumpa kat sini. Sama-sama check up. Semoga semuanya dipermudahkan, ameen. Yong, yong dan yong,” tulisnya.

Sekali lagi para peminat mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat mereka bertiga.

Kita doakan yang terbaik buat mereka. Semoga ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan dipermudahkan proses bersalin nanti.

loading...

Add Comment