Baju Wany Hasrita disamakan dengan botol air

FESYEN pilihan artis di majlis anugerah seringkali menjadi tumpuan peminat mahupun netizen. Terutamanya fesyen-fesyen yang mereka rasakan unik atau pelik yang boleh dijadikan bahan perbualan.

Apatah lagi jika fesyen tersebut dilihat mempunyai reka bentuk yang mempunyai persamaan dengan sesuatu seperti karakter kartuun, superhero, barangan dan sebagainya.

Jika sebelum ini fesyen Neelofa di Anugerah Meletop (2014) pernah disamakan dengan superhero Power Rangers, Farah Fauzana di Anugerah Juara Lagu (2016))  dengan fesyen ala Ayam Turki, kali ini penyanyi sedang meningkat naik, Wany Hasrita pula melalui perkara sama.

Manakan tidak, fesyen yang digayakan Wani ketika bertanding di AJL32 menerusi lagu Menahan Rindu, Ahad lalu itu telah disamakan dengan botol air dan menjadi viral sehingga hari ini.

Bagaimanapun, penyanyi yang sentiasa positif ini tidak mengambil pusing tentang perkara tersebut kerana menganggap ia hanyalah perkara remeh dan gurauan semata-mata.

“Orang kita memang rajin dan kreatif kalau melibatkan hal-hal begini. Saya tidak tahu nak cakap apa, sebaliknya hanya mampu tergelak apabila melihat gambar ini menjadi tular.

“Tidak ada guna saya marah kerana ia hal remeh dan tidak meninggalkan kudis pun untuk saya. Banyak lagi perkara penting yang saya harus fikir.

“Kalau ada yang beranggapan saya akan melenting atau berasa malu, mereka silap. Cuma satu saja pesan saya, jadilah manusia yang berfikiran matang,” kata Wani kepada sebuah akhbar.

Baju Wani yang menjadi tular dan hangat diperkatakan itu merupkan hasil rekaan pereka muda, Mirol Jonit yang sebenarnya tidak ada cacat celanya pun.

Cuma mungkin, apabila ada seseorangan memulakan, maka ramailah yang memberikan respons sebagai untuk memeriahkan gurauan tesebut.

loading...

Add Comment